Alhamdulillah pada 2 hingga 6 Oktober 2019 telah berangsungnya misi ziarah kasih di Pulau Banggi, Sabah. Seramai 21 orang Relawan Amal yang telah melibatkan diri bagi misi kali ini. Sebanyak 3 buah kampung pedalaman telah disantuni oleh para Reawan Amal iaitu Kampung Salangan, Kampung Melibu dan juga Kampung Pasir Hitam. Semuanya terletak jauh di pedalaman yang tiada rangkaian data ‘line‘ internet di telefon.
Meskipun misi kali ini tiada kurniaan syahadah namun anak-anak dari keluarga belum islam sudah mahu turut sertai aktiviti-aktiviti kerohaniaan seperti kebersihan diri serta permainan yang diadakan dari Relawan Amal.



Sebanyak 6 set Kit Jenazah telah berjaya diperolehi dari jumlah terkumpul sumbangan Kit Jenazah dari para penyumbang. Semoga Kit ini dapat membantu masyarakat Muslim disini apabila berlaku kematian. Terdapat juga Kit kebersihan yang mengandungi ubat gigi,berus gigi,sabun mandi,syampo dan alatan kemasan diri. Dari hasil data & sumbangan itu Relawan Amal telah melaksanakan satu latihan cara memberus gigi dengan betul.
100 buah keluarga berjaya disantuni oleh Relawan Amal yang merangkumi 3 buah kampung seperti disenaraikan di atas. Setiap keluarga dibekalkan dengan Kit makanan asas seperti :
1. Beras 5 kg
2. Tepung gandum 2 kg
3. Garam
4. Gula
5. Minyak masak
6. Serbuk Kopi
7. Roti Gardenia
[
Relawan Amal membuat persiapan sumbangan buat penduduk kampung